Impian saya........

Hari ni saya amat gembira..... impian saya untuk belajar buat coklat tercapai.... alangkah seronok dapat lihat hasil dari buah koko ini....Saya dan sahabat-sahabat bertungkus lumus belajar membuat coklat di mana lagi kalau bukan di Kolej Komuniti Selayang....
Saya telah berehat agak lama... kami sekeluarga telah dijangkiti sakit mata merah... semuanya tak pergi sekolah dan tak pergi kerja...hampir satu minggu berkurung dalam rumah..
Anugerah tuhan, kami semua memang betul-betul perlu bersabar, tak boleh jalan-jalan ke mana-mana sebab mata bengkak dan merah. Bimbang juga akan berjangkit kepada orang lain...

Hari ini dah back to normal.... kalau tak pegang periuk belanga rasa tak normal.... saya nak buat cup cakes dengan icing.... tapi icing kali ni saya nak yang lembut, tapi bukan butter icing......cuba teka .... guna icing apa ya.....

Disertakan resepi "Orange Butter Cup Cakes"

Bahan-bahannya:

Bahan (A)
200 gm Tepung
1/4 sudu serbuk penaik
1/2 sudu besar susu tepung
250 gm mentega

Bahan (B)
5 biji telur
175 gm gula

Bahan (C)
2 sudu besar jus orange
Parutan kulit limau orange 1 biji


Cara-caranya:

1. Putar A sehingga gebu dan tidak berbintil-bintil.
2. Pukul B sehingga lembut dan pekat
3. Tambah C kedalam B dan gaul sehingga sebati
4. Campur A dan adun sehingga sebati
5. Tuang adunan kedalam bekas acuan cup cakes
6. Bakar pada suhu 190 darjah Celcius selama 15-20 minit.
7. Keluarkan kek dan sejukkan.

8. Sekiranya ingin buat icing, tunggulah sehingga cup cake dah sejuk.....

Lihatlah hasilnya.... sedap dan agak comel.....

Anak-anak amat gembira menikmati cup cakes ....juga bapanya....
Harap semua dapat cuba buat cup cakes ini... sedap dan belanjanya agak murah.....


Lain kali jumpa lagi......

bye-bye.....

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Seoul Korea - Musim Luruh 1/11/2014 hingga 9/11/2014

Melancong ke Ho Chi Minh City bersama keluarga.

Bercuti di Krabi, Thailand.