Pau Kacang Merah / Kacang Hitam



Asal kuih pau adalah makanan orang Tionghua. Tapi kini ianya menjadi kesukaan semua rakyat Malaysia. Kuih pau agak mudah disediakan tetapi perlu di uli hingga lembut.

Bahan-bahan:

1 kg tepung pau.
8 gm Yis kering
18 gm baking powder
100 gm gula
30 gm lemak sayuran (shortening)
10 gm bread improver
450 ml air

Cara membuatnya:

1. Timbang semua bahan
2. Gaul semua bahan kering didalam alat penggaul, masukkan air. Uli sehingga gula dan yis hancur.
3. Masukkan lemak sayuran dan uli sehingga lembut.
4. Bentuk doh kecil-kecil dan masukkan inti, peram selama 30 minit.
5. Kukus doh selama 8 hingga 10 minit.

Bahan inti.
1 kg kacang merah/kacang hitam
1 kg gula
30 gm minyak atau lemak sayuran
Daun pandan

Cara menbuat inti:
1. Rendam kacang hingga kembang
2. Rebus, jangan sampai terlalu lembik
3. Matikan api dan blend.
4. Masukkan dalam periuk, masak sehingga hampir kering.
5. Masukkan gula.
6. Bila telah kering, matikan api dan masukkan minyak.

Sekiranya ingin makan pau daging atau ayam. Bolehlah sediakan inti kesukaan masing-masing.

Kalau agak malas nak sedikan inti kacang, bolehlah dibeli dikedai-kedai yang menjual bahan-bahan kek.

Selamat mencuba.......

Comments

  1. salam, saya nak bertanya pada akak saya ada cuba membuat pau, tapi lepas masak jadi berkedut, pada hal saya dah lapik kain kat atas supaya air tak menitik.... wasalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf Zul, sudah lama akak tak view blog.

      Lepas masak pau jadi berkedut bukan kerana air menitik, tapi pastikan air betul2 mendidih, baru dimasukkan pau. Bila cuku 8 minit, cepat2 keluarkan dari kukusan.
      Itu shj petuanya.

      Delete
  2. salam, saya nak bertanya saya ada buat kuih pau tapi lepas masak jadi berkedut pada hal saya dah lapik kain kat atas jgn bagi air menitik,saya harap akak dapat menjawabnya terima kasih,wasalam

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Melancong ke Seoul Korea - Musim Luruh 1/11/2014 hingga 9/11/2014

Melancong ke Ho Chi Minh City bersama keluarga.

Bercuti di Krabi, Thailand.