Kek Lobak

Hari ini saya telah mengubah layout blogspot, agak lebih menarik. Marilah kita sama-sama berkongsi resepi kek yang saya gemari.





Bahan-bahan:

Bahan A
220 gm marjerin
80 gm mentega
240 gm gula
1/8 sudu garam

Bahan B
4 biji telur
1/4 sudu perisa vanila

Bahan C
240 gm tepung
1 sudu teh serbuk penaik

Bahan D
80 gm kacang hazel
1/8 sudu serbuk kulit kayu manis


Bahan E
165 gm lobak yg sudah diparut
Parutan kulit 1 biji limau

Icing Hiasan Atas
200 gm gula icing
30 gm mentega
1 1/2 sudu besar jus limau
Parutan kulit 1 biji limau


Cara-cara:

1. Putar A hingga lembut. Tambah B dan putar sehingga lembut dan tidak berbintil-bintil.
2. Kaup dan balikkan bahan-bahan yang diayak C & D.Campur adunan dengan sebati
3. Campur E dan gaul rata-rata.
4. Tuang adunan kedalam acuan bulat berukuran 9 inci yg telah disapu dengan minyak dan dialas kertas. Bakar pada takat suhu 180 darjah Celcius selama 50 minit.
5. Glis permukaan dengan icing dan dihiasi nya dengan lobak marzipan.
6. Siap dihidang.

Icing hiasan atas.
Cara
Pukul gula icing dengan mentega lembut sehingga sebati. Tambah jus limau dan parutan kulitnya dan adun sehingga sebati. Renihkan adunan diatas air panas untuk disapu rata-rata.

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Seoul Korea - Musim Luruh 1/11/2014 hingga 9/11/2014

Melancong ke Ho Chi Minh City bersama keluarga.

Bercuti di Krabi, Thailand.