Posts

Showing posts from November, 2009

Birthday Party

Image
Hari ini adalah hari yang amat bermakna buat saya.... Bila saya balik dari kerja, saya dapati anak-anak dan suami telah menyediakan berbagai-bagai makanan istimewa untuk meraikan birthday saya. Mereka telah menyediakan Birthday cake, cup cakes, ayam panggang, kentang panggang dan pasta goreng. Semuanya Wan Aishah, Wan Mariyam, Wan Yusof dan Wan Ahmad Ibrahim yang sediakan. Hinggakan birthday cake juga mereka bake. Siap dengan decoration nya sekali. Semuanya mereka masak sendiri.

Mereka telah cuba hidupkan api selama 2 jam sebelum dapat memanggang ayam dan kentang..

Saya adalah ibu yang amat bertuah kerana dikurniakan anak-anak yang amat menyayangi ibu mereka... Terima kasih yang tidak terhingga untuk anak-anak dan suami ku...... Mama sayang semua anak-anak mama dan suamiku yang tercinta.......

Lihatlah makanan yang mereka sediakan...









Juga kad "Happy Birthday" yang anak-anak reka-cipta sendiri. Mereka gunakan daya creativiti mereka dengan menggunakan manila card besar. Cantik s…

Kek Coklat Lembap

Image
Resipi ini adalah resipi kek Hari Jadi anak saya..kawan-kawannya amat gemar kek ini..
Ianya tidaklah terlalu manis tapi menepati citarasa kanak-kanak.Selepas ianya dihias cantik ianya adalah seperti kek yang dibeli di kedai.Lihatlah hasilnya.



Bahan-bahan A:

1/2 cawan serbuk koko-diayak
1/2 cawan air
180 gm gula kastor

Bahan-bahan B:

1/4 cawan gula kastor
125 gm mentega
125 gm tepung naik sendiri-diayak
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla


Cara-cara:
1.Masak bahan A dengan menggunakan api yang perlahan.Sejukkan.
2.Pukul gula dan mentega sehingga kembang.Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul sehingga kembang.
3.Masukkan bahan A yang telah dimasak tadi.Gaul rata.
4.Masukkan tepung dan gaul sebati.
5.Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 45 minit.

Puding Roti

Image
Mari kita mencuba pencuci mulut ....... puding roti .


Bahan-bahan:

1 buku roti
50 gm kismis
3/4 liter santan kotak atau susu UHT dipanaskan sedikit
3 biji telur
90 gm gula
5 helai daun pandan
2 sudu teh tepung jagung.

Cara-cara:
1. 4 keping roti dipotong 3 segi
2. Selebih roti hendaklah di koyak-koyak dan direndam didalam air.
3. Letakkan kismis kedalam bekas pembakar dan aturkan kepingan roti yg telah dipotong.
4. Gula, telur, susu / santan dicampurkan dengan pemutar (blender).
5. Daun pandan diblender dengan sedikit air. Tapis air pandan dan masukkan kedalam adunan santan tadi.
6. Tapis roti yang direndam dalam air.
7. Campurkan roti kedalam adunan santan.
8. Tuang adunan kedalam bekas pembakar yang telah diatur dangan kepingan roti.
9. Tabur kismis dan bakar adunan puding.
10. Bakar dengan suhu 170 darjah Celcius selama 1 jam.

Puding ini boleh dihidangkan ketika panas atau didinginkan didalam peti sejuk.
Amat sesuai dihidangkan dengan sos rasberry atau dimakan begitu saja.

Pau Kacang Merah / Kacang Hitam

Image
Asal kuih pau adalah makanan orang Tionghua. Tapi kini ianya menjadi kesukaan semua rakyat Malaysia. Kuih pau agak mudah disediakan tetapi perlu di uli hingga lembut.

Bahan-bahan:

1 kg tepung pau.
8 gm Yis kering
18 gm baking powder
100 gm gula
30 gm lemak sayuran (shortening)
10 gm bread improver
450 ml air

Cara membuatnya:

1. Timbang semua bahan
2. Gaul semua bahan kering didalam alat penggaul, masukkan air. Uli sehingga gula dan yis hancur.
3. Masukkan lemak sayuran dan uli sehingga lembut.
4. Bentuk doh kecil-kecil dan masukkan inti, peram selama 30 minit.
5. Kukus doh selama 8 hingga 10 minit.

Bahan inti.
1 kg kacang merah/kacang hitam
1 kg gula
30 gm minyak atau lemak sayuran
Daun pandan

Cara menbuat inti:
1. Rendam kacang hingga kembang
2. Rebus, jangan sampai terlalu lembik
3. Matikan api dan blend.
4. Masukkan dalam periuk, masak sehingga hampir kering.
5. Masukkan gula.
6. Bila telah kering, matikan api dan masukkan minyak.

Sekiranya ingin makan pau daging atau ayam. Bolehlah sediakan inti kesukaan ma…

Murtabak Mini

Image
Anak-anak saya sangat suka makan murtabak. Dalam bulan Ramadhan makanan kegemaran mereka adalah murtabak. Saya sediakan mertabak mini dan simpan dalam peti sejuk sebagai makanan frozen. Sekiranya hendak makan bolehlah diambil dari peti sejuk dan dipanaskan semula.

Resepi yang akan mudah dan berkhasiat.

Bahan-bahan:

Kulit popia
Daging kisar --- 1 kg
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Rempah kari sebungkus
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
telur


Cara membuat:

1. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari, bila naik bau masukkan daging.
3. Masukkan sedikit air dan campurkan garam, gula dan masak hingga kering.
4. Apabila sejuk campukan telur secukupnya.
5. Masukkan inti kedalam kulit popia.
6. Bentuk kepada empat segi.
7. Bakar hingga masak atau garing.

Sekiranya hendak jadikan frozen, bolehlah dimasak separuh masak sahaja.Sejukkan dan masukkan kedalam peti sejuk.

Kek Lobak

Image
Hari ini saya telah mengubah layout blogspot, agak lebih menarik. Marilah kita sama-sama berkongsi resepi kek yang saya gemari.





Bahan-bahan:

Bahan A
220 gm marjerin
80 gm mentega
240 gm gula
1/8 sudu garam

Bahan B
4 biji telur
1/4 sudu perisa vanila

Bahan C
240 gm tepung
1 sudu teh serbuk penaik

Bahan D
80 gm kacang hazel
1/8 sudu serbuk kulit kayu manis


Bahan E
165 gm lobak yg sudah diparut
Parutan kulit 1 biji limau

Icing Hiasan Atas
200 gm gula icing
30 gm mentega
1 1/2 sudu besar jus limau
Parutan kulit 1 biji limau


Cara-cara:

1. Putar A hingga lembut. Tambah B dan putar sehingga lembut dan tidak berbintil-bintil.
2. Kaup dan balikkan bahan-bahan yang diayak C & D.Campur adunan dengan sebati
3. Campur E dan gaul rata-rata.
4. Tuang adunan kedalam acuan bulat berukuran 9 inci yg telah disapu dengan minyak dan dialas kertas. Bakar pada takat suhu 180 darjah Celcius selama 50 minit.
5. Glis permukaan dengan icing dan dihiasi nya dengan lobak marzipan.
6. Siap dihidang.

Icing hiasan atas.
Cara
Pukul gula icing d…