Roti





Pada hari ini, 25/6/2008, saya belajar dari kawan baik saya, namanya Azah, bagaimana cara untuk create blog. Saya amat tertarik dengan blog kawan-kawan saya yang amat rajin mengumpul resepi. Saya suka masak roti, sebab suami dan anak-anak saya gemar makan roti. Semua jenis roti mereka suka.

Resepi roti biasa yang telah saya ubahsuai dan terjamin ianya menjadi.


Roti Standard

Bahan:

500 gm tepung high protin
50 gm gula kastor
11 gm yis
25 gm susu tepung
50 gm marjerin/butter
250 gm air sejuk / 250 ml air biasa
5 gm garam
1 biji telur
7 gm bread improver (optional)

Cara-cara:

1. Campurkan semua bahan kering kecuali garam, butter, air dan telur ke dalam bread mixer.
2. Bila semua bahan kering sudah gaul rata, masukkan telur, air, garam & marjerin
3. Gaul/uli sampai sebati
4. Rehatkan hingga naik 2 X ganda
5. Bahagikan doh kepada ketul-ketul kecil, buatkan 50g setiap satu atau ikut citarasa sendiri.
6. Rehatkan doh selama 10 – 15 minit
7. Masukkan inti atau buat apa-apa bentuk yg disukai.
8. Setelah kembang, sapu telur (telah dipukul sedikit) pada roti.
7. Bakar dengan 180 C selama 12 – 15 minit

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Seoul Korea - Musim Luruh 1/11/2014 hingga 9/11/2014

Melancong ke Ho Chi Minh City bersama keluarga.

Bercuti di Krabi, Thailand.