Agar-agar Koko
















Hari yang lepas (12/8/2009) kami buat gathering di office. Saya telah mencuba resepi baru iaitu Agar-agar coklat.

Agak mudah membuat agar-agar ini. Resepinya ringkas dan agak cantik.

Bahan-bahan:

40 gm agar-agar
3 1/2 gelas air
1 1/2 gelas gula
3 sudu besar koko
sedikit pewarna kuning
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanila
3 biji telur

Cara-cara:

1. Masak agar-agar bersama air hingga hancur.
2. Telur dan gula dipukul hingga kembang & masukkan susu cair dan vanila.
3. Tapis agar-agar kedalam bekas berisi adunan telur dan kacau perlahan-lahan hingga menjadi suam-suam kuku.
4. Bahagikan kepada 2 bahagian, sebahagian berwarna kuning, dan sebahagian lagi dimasukkan koko.
5. Gunakan acuan bulat atau mangkuk
6. Masukkan adunan berlainan warna berselang seli, sudu demi sudu hingga habis.
7. Biarkan sejuk dan keras.
8. Keluarkan dari acuan dan hias dengan ceri merah.

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Seoul Korea - Musim Luruh 1/11/2014 hingga 9/11/2014

Melancong ke Ho Chi Minh City bersama keluarga.

Bercuti di Krabi, Thailand.